Monday, 8 September 2014

Hi u olss...

Malas nak intro2 boleh tak? Hahaha dasar pemalas..Nak share kisah meowws @ budak bulu je la malam2 ni. Sambil fefeling..rindu kat dorang sebab dah lama tak balik rumah. Sejak kawen ni tasya dah tak bela pon budak2 bulu yang reramai tu. Sebabnya suami macam tak suka sangat (awal je la tak sukanya). Tapi since berlaku tragedi tragis tahun lepas, maka bermula la semula episod membela meow di rumah baru kami.

Budak2 ni semua memang duduk rumah mak tasya kat Rompin. Pastu one day, jiran sebelah rumah tak sengaja terlanggar sekor budak bulu kami. Nama mangsa ni Cik Lara. Agak kronik juga la keadaan dia masa tu. Syukur juga ada adik yang amik kos paramedik tu balik (memang suai bebeno la kes gini bagi kat dia, leh praktikal terus haha). Dia la yg dok ambil bawak gi vet gov di Rompin. Tapi malangnya doktor yg bertugas takde plak hari tu. Eksiden tu berlaku pagi. Petang tu mak dengan nada tenang nya call tasya bagitau. Tak sempat habis lagi bagitau org kat sini dah meraung macam Cik Lara tu dah mati on da spot je huhu. Memang sedih n terkejut.

Nak tak nak, paksa juga mak suruh bawak gi Kuantan. Mak agaknya dah tak tahan dengar raungan anak dia ni, berjaya pujuk abah. Hehe maseh pada both of u mak n abah sebab sudi tolong bawak kan adik bulus kite gi Kuantan. Bukan apa, takot kalo biar, mati pulak. Mak abah tolong hantar je la. Pastu yg dok deal ngan doktor ke nurse ke ambe ler..deal macam2 menda la termasuk kos perubatannya.

Hati makin runsing bila doktor dok sebut pasal kos. Seminggu tak lena tido haku ni. Terngiang-ngiang je suara doktor tu cakap pasal amount nye. Tapi demi chenta, haku ni relakan juga la. Tapi mintak mak support sikit gak la, Sebab tak mampu gak. Student macam i nie mana la ada saving banyak sangat. Ni pon dah habis korek dah. Kalo ratusan ringgit takpe lagi. Leh la pejam2 mata je. Ni dah melibatkan ribuan ringgit memang kena bertenang n pikir sehabisnya. Tu baru kos operation je, lom kira yg kos sampingan lagi. Sungguh menduga kebijaksaan diri ini utk buat keputusan.

Diringkaskan cerita, treatment selama lebih kurang tiga bulan juga. Dok berulang alik ke Kuantan. Bukan dekat jaraknya. Makan masa 2 jam perjalanan hokey..Gigih gile aku. Syukur la dikurniakan suami yg sudi melayan krenah istri dia ni dgn teramat sabar. Thanks abang.. So oleh kerana dah jaga Cik Lara sejak dia masuk wad tu, maka kami laki bini decide utk teruskan je la menjaga dia sampai bila2. Ye la, setelah berhabisan ribuan ringgit demi nya, tak kan nak pulang balik. Nak pulak dah timbul rasa sayang kat dia. Memang lagi berat la hati nak lepaskan dia. Hehehe...

Ondawei balik dari cek up. Lena tido

Semoga dia mendoakan kebahagiaan kami dan kami dimurahkan rezeki. Now, Cik Lara dah ada babies pon...bukan sekor dua tau babies dia..6 eko semuanya.. tapi hanya 3 eko je yg hidop. Thanks Allah bagi budak2 junior kat kami.. meriah rumah kami. DOB babies ni 20 Jun 2014.

Lara's junior
buat muka omey lak lara's junior ni
proses penyembuhan
pose tak menahan
hai, saya pendekar mata satu haha
masa pregnant

sian dia nak minum pon payah. Jaws patah





Salam semua....

Lame betol rasenya tak mencoret kat sini kan...hehehe..Tenggelam timbul sejak akhir-akhir ni. Dah tak tau nak bagi alasan ape lagi dah..hahaha..Arini rasenya nak start ngan share resepi la. Resepi ni dah berkurun pon buat tapi baru nak tayang (kesah plak haku kan keh3)...

Resepi ni hasil risikan dari kawan sendiri. Berjaya gak cilok resepi dia. Ecece padahal kawan tu baik je nak bagi dengan rela hati. Saje ngade je kan ko ni tasya..ok la jom layanzz....

KEK TIRAMISU gebabaoommm...

bahan2:
-biskut ladyfinger (ya ampunnn gue xjumpa. maka blasah je la kek span)
-krim cheese tatura 250g (yg kecik sudaa)
-whipped krim 1 1/2 cawan (pape brand pon voley..kotak kecik )
-gula castor 3/4 cawan (gula biasa pon tak jadi hal lahh)
-esen vanila 1sk
-bancuhan air nescafe (tanpa gula ye puan2, suam2 kuku)
-koko powder/milo/nescafe (sbg hiasan nak tabur je)
-straberi (kalo rase nak hias laa)

Cara2:
1. krim cheese + whipped krim + gula + esen vanila = pukul guna mixer
2. celup@basahkan kek span/biskut ladyfinger dgn bancuhan air nescafe. Susun dalam bekas.
3. dah susun, layerkan plak ngan krim yang dah dipukul mati  tadi. Ulang la sampai habis..buat la banyak2 layer.
4. Taburkan koko powder @ watever powder yg korang hadoo.. Pastu hias la ngan strawberi.
5. Sejukkan dalam peti.

5 Steps yang sangat mudah...semudah ABCDE...hehe

ni utk kwn2 


nampak x layer nye? hehe special utk mr huby

Kbai...mohon semua org try resepi nih...
Assalamualaikum semua...

Hari ni tasya nak promote kat korang semua tentang homestay yang baru diusahakan oleh my huby. Mane lah tahu kot2 ada yang nk datang ke Kuala Rompin, Pahang. Fyi, homestay ni terletak betul2 di kawasan bandar. So tak de masalah bagi korang yang nk jenjalan sekitar bandar..nk gi pantai pon boleh. Dekat je..

Ape yang best sangat kat Rompin Pahang ni ek????

Haa...mai nak share sikit..mgkin ada yang blom pernah sampai ke Rompin kn...ni antara yang best korang leh dapat di Rompin :

1. Makan udang galah yang super duper nyummy!! Harga bagi sekor udang depends pada saiz n gred udang la...ape yang tasya leh ckp, harga nye sekitar RM16- RM20++ bagi sekor udang galah yang dah siap dimasak. Lokasi popular nk cari udang galah ni ialah di Leban Chondong. Kira2 15-20km dari bandar Rompin.

2. Bagi yang suke memancing, kt Rompin ni pon korang leh memancing.. banyak tempat yg leh jd port memancing. Jangan tak percaya, Rompin merupakan destinasi memancing ikan layaran yang terkenal di peringkat international. So kalo nk gi mancing ikan layaran, korang kena la sewa bot sebab ikan ni dok kat tengah laut...hehe..tapi kalo nk g mancing udang galah je pon ok..gi je area sungai..

3. Nak mandi2 pantai pon ada..tapi kena tengok musim la..kalo laut tak bergelora, mmg sesuai la nk gi bawak famly berkelah ke, jenjalan kat pantai ke....kat area pantai gak ada sebuah padang woodball. Kalo berminat, leh try main woodball kat pantai. Kalo tak, sekadar nk lepak2 tepi pantai sambil makan2 pon dah ok.

4. Korang yang datang ke Rompin gak leh gi Taman Negeri Endau-Rompin. Kat Taman Negeri ni ada air terjun..so leh la berkelah sambil memancing dan menikmati panorama alam yang menghijau. Memang mendamaikan jiwa.

5. Rompin juga leh dijadikan transit @ tempat persinggahan sebelum korang nak gi Pulau Tioman. Kalo yang datang jauh2 tu, mgkin tak larat nak meneruskan perjalanan ke Pulau Tioman. So korang leh relax2 dulu kat Rompin.

Amacam, banyak kn menda best kat sini...hehe datang la sendiri dan rasai...

Ok berbalik pada topik kita, kalo korang berminat nak datang sini tapi tak tahu nak duduk mane, leh la try AMIN HOMESTAY..homestay ni insyaallah dapat memenuhi keperluan dan keselesaan korang..Harga memang berpatutan...hanya RM200 utk 1 malam. Lain2 details korang leh tengok kat page ni Amin Homestay Rompin. Nak book pon boleh...korang call/wassup/mesej je no ni (019-7384757/ 019-7525751)

Ok dats all...see u soon...