Monday, 8 September 2014

Hi u olss...

Malas nak intro2 boleh tak? Hahaha dasar pemalas..Nak share kisah meowws @ budak bulu je la malam2 ni. Sambil fefeling..rindu kat dorang sebab dah lama tak balik rumah. Sejak kawen ni tasya dah tak bela pon budak2 bulu yang reramai tu. Sebabnya suami macam tak suka sangat (awal je la tak sukanya). Tapi since berlaku tragedi tragis tahun lepas, maka bermula la semula episod membela meow di rumah baru kami.

Budak2 ni semua memang duduk rumah mak tasya kat Rompin. Pastu one day, jiran sebelah rumah tak sengaja terlanggar sekor budak bulu kami. Nama mangsa ni Cik Lara. Agak kronik juga la keadaan dia masa tu. Syukur juga ada adik yang amik kos paramedik tu balik (memang suai bebeno la kes gini bagi kat dia, leh praktikal terus haha). Dia la yg dok ambil bawak gi vet gov di Rompin. Tapi malangnya doktor yg bertugas takde plak hari tu. Eksiden tu berlaku pagi. Petang tu mak dengan nada tenang nya call tasya bagitau. Tak sempat habis lagi bagitau org kat sini dah meraung macam Cik Lara tu dah mati on da spot je huhu. Memang sedih n terkejut.

Nak tak nak, paksa juga mak suruh bawak gi Kuantan. Mak agaknya dah tak tahan dengar raungan anak dia ni, berjaya pujuk abah. Hehe maseh pada both of u mak n abah sebab sudi tolong bawak kan adik bulus kite gi Kuantan. Bukan apa, takot kalo biar, mati pulak. Mak abah tolong hantar je la. Pastu yg dok deal ngan doktor ke nurse ke ambe ler..deal macam2 menda la termasuk kos perubatannya.

Hati makin runsing bila doktor dok sebut pasal kos. Seminggu tak lena tido haku ni. Terngiang-ngiang je suara doktor tu cakap pasal amount nye. Tapi demi chenta, haku ni relakan juga la. Tapi mintak mak support sikit gak la, Sebab tak mampu gak. Student macam i nie mana la ada saving banyak sangat. Ni pon dah habis korek dah. Kalo ratusan ringgit takpe lagi. Leh la pejam2 mata je. Ni dah melibatkan ribuan ringgit memang kena bertenang n pikir sehabisnya. Tu baru kos operation je, lom kira yg kos sampingan lagi. Sungguh menduga kebijaksaan diri ini utk buat keputusan.

Diringkaskan cerita, treatment selama lebih kurang tiga bulan juga. Dok berulang alik ke Kuantan. Bukan dekat jaraknya. Makan masa 2 jam perjalanan hokey..Gigih gile aku. Syukur la dikurniakan suami yg sudi melayan krenah istri dia ni dgn teramat sabar. Thanks abang.. So oleh kerana dah jaga Cik Lara sejak dia masuk wad tu, maka kami laki bini decide utk teruskan je la menjaga dia sampai bila2. Ye la, setelah berhabisan ribuan ringgit demi nya, tak kan nak pulang balik. Nak pulak dah timbul rasa sayang kat dia. Memang lagi berat la hati nak lepaskan dia. Hehehe...

Ondawei balik dari cek up. Lena tido

Semoga dia mendoakan kebahagiaan kami dan kami dimurahkan rezeki. Now, Cik Lara dah ada babies pon...bukan sekor dua tau babies dia..6 eko semuanya.. tapi hanya 3 eko je yg hidop. Thanks Allah bagi budak2 junior kat kami.. meriah rumah kami. DOB babies ni 20 Jun 2014.

Lara's junior
buat muka omey lak lara's junior ni
proses penyembuhan
pose tak menahan
hai, saya pendekar mata satu haha
masa pregnant

sian dia nak minum pon payah. Jaws patah





No comments:

Post a Comment